Wednesday, 30 March 2016

Pasca SPM : RESULT.



Assalamualaikum and hi!

Okay for those who didn't know, saya tak ambil lesen dekat Selangor ya. Gagah pi ambik dekat Kedah jugak, simply because jalan dia lagi senang and kat sana ramai kawan. Buktinya, tak kira lah pi waktu bila pun mesti nampak orang yang kenal, persoalannya rapat dengan tak rapat ja hahaha. So the place is called Pusat Latihan Memandu KP, Malau, Jitra. Sebab haritu postponed KPP02 motor sebab Educamp UTP (refer previous post) jadi geng yang ambik sekali haritu semua dah lepas. Okay sedih sikit. But no worries dah cakap tadi kan sini memang ramai orang kenal so chill.

KPP02 kereta jumpa dengan Atiqah Basyirah, my penpal (or should I say chatpal? ). Senang cakap kawan internet lah hahaha. Haritu jumpak waktu KPP01, ni jumpak lagi. Katanya jodoh kuat, hopefully bukan jodoh that leads to marriage hahaha just kidding! So bila dah scan IC, scan thumbprint semua, kita akan dapat sorang cikgu yang assigned for us for the day. Well, dapat Cikgu Mazdi, one of the cikgu yang ajar masa KPP01. He's famous for being quite strict and tends to ask plenty of questions. Goosebumps!

So bila dah selesai belajar ramai ramai pasal RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dan RSM (Rutin Sebelum Memandu), it's time for private lesson. Honestly, I'm scared of him! The only thing I feel good about him is that he's known for being alim, pretty sure he won't touch me for no reason. What? I'm just being cautious, it's just us in the car you know. But dia okay ja, rasa macam dengan ayah. Seriously.

Selesai sudah KPP02 kereta motor. Latihan macam biasa untuk KPP03. QTI for kereta went well for me. Cuma waktu test JPJ dekat bukit kereta 'mengaum' sikit ngehehe. Pakcik JPJ pun tanya, "Marah ke?" hahaha. Motor pulak kali kedua baru lepas JPJ. My personal opinion sebagai orang yang memang zero knowledge masa pi pusat memandu tu, motor lagi senang belajar bawak dari kereta tapi dari segi ujian, kereta lagi senang. Motor dengan titinya dgn slalom lagi. But alhamdulillah lepas kali kedua, kalau kena repeat kali ketiga memang plan taknak ambik dah sebenarnya hahaha. So sekarang dah lepas dua dua weehuu!

Okay back to the topic, result SPM 2015 dah keluar on 3rd March 2016. Yeap, exactly on birthday abah and 2 days after birthday mama. Just great la kan penambahan pressure bertubi tubi hahaha. So yeah, result dah dapat. My result? Not so good and not that bad either. Probably just fine, but it’s not fine for me. Well, sebenarnya diri sendiri tau yang diri tu tak mampu nak dapat straight A, tapi people around me goes like “Alya mesti straight A punyalah, confirm!” “Alya nak risau apa mesti flying colours punyalah” actually makes me feel so confident about it, unintentionally. Not good (baca dengan nada sketch sicky vicky on Sonny With A Chance. Tak tau? Google!).

Okaylah, actually mula-mula memang taknak share result dengan orang sebab down sangat sangat. But let me share my story masa dapat result tu. As you guys know from my previous post, I’m staying in Kedah to complete my licence procedure. So, a day before I took a bus home. Turun Park and Ride Putrajaya Central, my parents pick me up. Nervous tu takyah cakaplah, sampai Dengkil kaki dah menggeletar, I can’t even stand straight hahahaha

The D-day. Malam tu sangat-sangat nervous so I planned to stay up all night tapi akhirnya tertidur jugak dalam pukul 4 pagi macamtu hahaha. Malam tu memang nervous, group Whatsapp kelas memang hingar bingar. Me, as a person yang tak tidur (Well at least MERANCANG untuk tak tidur) change the group name into ‘7 hours to go’ ‘6 hours to go’ and so on. Memang kena marah lah sebab buat orang lain nervous sekali, well I remember you guys saying ‘susah senang bersama’ meh hahahaha

Esok tu bangun, I get ready one hour earlier sampai kena perli dengan parents. Katanya semangat sangat hahaha. Memang tak breakfast, tak lalu. Well Alya Ayob ni memang selera makan hilang kalau nak kena tempuh saat-saat mendebarkan dan meluluhkan hati jantung buah pinggang yang macam ni hehe. My oldest sister kak ngah asked for my ic and index number. Nak check result pakai sms letew! Tapi akhirnya bagi jugak, malas bising bising. Dia akan tau jugak eventually hahahaha. Masa tengah bersiap tu, terlanggar bekas lilin wangi dalam bilik, habis pecah. Terus rasa macam dalam scene cerita drama Melayu petang petang hahaha.

Sempat lepak tengok pengumuman rasmi kat tv. Keputusan menurun, tapi straight A ada 9k lebih. Cikgu ingatkan kena pergi sekolah pukul 10, so pergilah saya pukul 10. Anak murid kesayangan cikgu tak pernah menghampakan hehehe. Tiba tiba, abah dengan mama bersiap. Oh no! Inilah padahnya lesen tak sempat dapat sebelum result SPM. Tak dapat ambik result sendiri sorang sorang macam kak cik. Maka berhuhu lah saya menahan debaran. Alya ni orangnya memang tak suka nangis depan family. Malu nangis depan family sebab jumpa tiap tiap hari. I’m weird like that hahaha.

Dari awal lagi dah cakap kat abah mama yang anak dia ni nak ambik result sendiri. So akhirnya my parents mengalah, depa pi cuci kereta hahahahaha. Kerelaan hati okay bukan paksaan, tahniah kerana memahami perasaan anakmu ini hohoho I love you! Dah masuk dalam dewan tu biasalah, memang tak senang duduk sampai tak terduduk. Haa paham ke idok? Satu lagi, Alya ni nervous tak boleh duduk diam. Kejap kekiri, kejap kekanan hahaha. Dalam dewan ada a few booth IPTS set up. Ada few yang datang terangkan pasal scholarship and so on. Memang takdak niat nak sambung IPTS (Biasalah, bukan keluarga poket gemuk duit berkepuk kepuk) so I don’t pay much attention. I actually dapat tawaran MSU (pakai result trial) and i get to choose nak belajar apa apa saja yang ditawarkan including medic, the one yang I really really want, tapi akhirnya ditolak simply because it’s an IPTS.

Ok back to the story. Kami jumpa jugak our counselor yang so cute and very pale skinned and dia cerita important information yang kami patut tau especially pasal STPM. Tapi waktu tu saya tak pay attention sangat, what can I do kalau orang-orang yang datang bagi borang tu suruh isi sekarang jugak. Tak berapa paham erti kesabaran agaknya hehe just kidding. Tak perasan kot counsellor tengah bercakap. Then, an indian guy get up on stage (I think he’s a teacher) and explain pasal Tingkatan 6. The only point yang aku boleh tangkap cuma kami pelajar SMK Dengkil ni most probably akan ditempatkan di Cyberjaya sebab paling dekat. Sekolah kami takda tingkatan 6, ada peralihan je. Fun fact: I don’t know apa itu kelas peralihan sampai pindah sini. For those yang blur blur jugak macam I, kelas peralihan ni kelas untuk pelajar yang gagal Bahasa Melayu (and some school consider English as well) dalam UPSR. Penghuni kelas ni mostly chinese and indians as Malay is not their first language kan. Selama ni nampak dalam buku koku ja kelas peralihan. Nampak tak jauh perjalanan luas permandangan hahahahahaha

Cikgu dah masuk. Ada some yang congratulate me. I went on like ‘result elok sangat ke elok biasa biasa lah agaknya?”hehehe. Result diumumkan. Dia umumkan dari 5A. Blah blah blah, memang nervous. Dalam otak fikir “Ada ke nama aku ni?” I was expecting my name to be at least 9A’s or above. But no, impian ku berkecai, musnah jua harapan. Nama Alya Athirah Ayob diumum antara pemegang keputusan 8A. Down. Langkah longlai aku naik pentas. Pengetua bisik, “Ada jugak melayu” and dia senyum manis sangat kat aku tapi aku rasa aku balas sangat tak ikhlas. Hati sakit. Rupanya I'm on the top 5, dan yang atas atas is 3 indians (straight As) and a chinese girl (9As 1B). Kira melayu paling tinggi lah ni. Hanya sekolah biasa di pinggir bandar so don't expect top 5 straight As semua ya.

Kami diminta stay atas pentas untuk terus bergambar selepas selesai majlis penyerahan slip. Aku intai slip aku sendiri. Mengharapkan 2B, rupanya 1B 1C. Kecewa lagi. Takpalah, I thought addmath yang C. I’m fine with that sebab memang rasa tak boleh buat haritu. I was fine until at one fine moment I realised... C tu chemistry. Gelap. Hingar bingar dalam dewan tu tenggelam dalam lamunan aku. Ni bukan nak puitis, I am really serious. Maka terpecahlah benteng. Nangislah aku diatas pentas bersaksikan seluruh warga dewan. Ramai ingat I nangis happy, but actually sedih yang tak terbendung. Yang kau target A kau dapat C. One of your favourite subject pulak tu. Hati pecah kali keempat.

My SPM result is 1A+, 5As, 2A- 1B and 1C+. Balik tu orang ajak keluar pun taknak dah. Pergi kfc makan terus balik. Nak sembam muka dekat bantal punya pasal. Nak nangis smpai tertidur. Sebab result tu aku nangis 3 hari berturut-turut. Aku apply UPU first sampai fourth option medic ya, of course kena tukar. Mood memang kelaut. Mostly bahagian science mesti nak at least B for chemistry. Memang susah sangat nak redha, susah sangat sangat. Banyak hari aku ambik masa for my own self. Dalam otak aku ada macam macam, terfikir mana hala tuju aku lepas ni. My only plan was medic and it is ruined, completely destroyed into ashes. Aku rasa sangat tak layak nak jadi doktor, marah diri sendiri sebab berangan terlalu tinggi. Berminggu minggu aku fikir, sampai I came across a post from a beautiful celebrity-blogger-doctor, Dr. Fatin Liyana yang inspire me so much I gained back my faith (click: http://honeykoyuki.blogspot.my/2011/04/apa-hala-tuju-anda-selepas-spm.html?m=1 ). Lagu The Climb-Miley Cryrus bermain dalam otak. Terfikir mahu jadi inspirasi buat adik adik yang bakal melalui benda ni just like Dr. Fatin. I really want to inspire people the way great people inspire me. My plan now is matric but we’ll se how it goes, again. Mungkin bukan rezeki aku. Abah suruh semak semula but I just don’t feel like it. Takut kecewa buat kali kelima.

P.s.: Untuk UTP haritu, alhamdulillah dapat tawaran tapi I rejected it because of my SPM result. I can’t afford any scholarship. I’m not into engineering anyway, I don’t want to end up with things I didn’t have interest with for the rest of my life. So it’s a big NO.

Tips of the day: Don’t give up just because you don’t get what you expected. Susah manapun kau kena cari sumber untuk gain back your faith, baru kau boleh belajar redha. Jangan lupa doa. Mungkin Allah bengkokkan sikit jalan kau untuk capai apa yang kau nak supaya kau cari Dia lebih. Ujian yang Dia bagi tak lain tak bukan hanya kerana Dia rindu pada tangisan dan rintihan kau, rindu untuk kau berserah segalanya padaNya (cakap depan cermin). May Allah bless us all.

The one who speaks from the heart,
Alya Ayob.


No comments:

Post a Comment